Thursday, May 3, 2007

Produk Bermutu Keluaran Pak Teh Food Enterprise

Pak Teh Food Enterprise yang sedang meningkat naik dengan produk berasaskan makanan telah menghasilkan produk terbaru iaitu Adunan Serbuk Dadih Segera.

Penghasilan produk ini adalah berikut sambutan luar biasa terhadap Dadih Pak Teh yang pada masa ini giat dipasarkan di sekitar Klang, Sungai Petani, Batu Pahat, Ipoh dan Bintulu. Dengan mengambil kira trend masa kini yang mana surirumah kini lebih senang menghasilkan sendiri dadih untuk hidangan seisi keluarga, maka Adunan Serbuk Dadih Segera Pak Teh ini dihasilkan.

Pek ini didatangkan dengan 6 pilihan perisa popular iaitu coklat, strawberry, jagung, pandan, kopi dan keladi. Ia cukup mudah untuk disediakan dan pembeli hanya perlu menambah air dan mengikuti 5 langkah penyediaan.

Pek Adunan Dadih Segera Pak Teh ini dijual dengan harga promosi iaitu RM4.50 sekotak.

Pengedar / Pemborong yang berminat amatlah dialu-alukan.

PAK TEH FOOD ENTERPRISE
C14-3-3, JALAN PUTRA PERMAI 2 TAMAN PUTRA PERMAI, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 013-399 9246 Faks: 603-8945 7311
E-mail: pakteh@selampitz.com

No comments: