Sunday, January 27, 2008

Pek Baru Adunan Serbuk Dadih Segera Pak Teh Food


Pelanggan yang budiman,

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan para pelanggan yang telah mencuba dan menyokong produk kami. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan pada masa ini produk ini telah dipasarkan di lebih 100 buah kedai dan pasaraya di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pek Adunan Serbuk Dadih Segera keluaran Pak Teh Food Enterprise telah diperkemaskan lagi dengan 'new look and feel' selaras dengan hasrat kami meningkatkan lagi kualiti dan kepuasan pelanggan.

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan para pelanggan. Pada masa ini kami sedang di dalam peringkat akhir di dalam mengeluarkan Pek Parti Adunan Serbuk Dadih Segera yang mana lebih besar dan ekonomi bagi para pelanggan yang berhasrat menghidangkan Dadih Pak Teh untuk Parti, Kenduri, Majlis Perkahwinan dan lain-lain acara.

Semoga tuan puan berpuashati dengan produk-produk keluaran Pak Teh Food Enterprise.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 21, 2008

Produk Terbaru 2008 "Puyuh Berempah Perisa Sate"

Puyuh Berempah Perisa Sate



Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1429 dan berikutan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap produk Serbuk Adunan Dadih Segera, Pak Teh Food Enterprise telah mengorak langkah bagi memenuhi permintaan makanan segera HALAL keluaran tempatan dengan melancarkan satu lagi produk baru iaitu "Puyuh Berempah Perisa Sate".


Buat masa ini produk berkenaan dipasarkan melalui peruncit-peruncit di Wilayah Utara. Stokis kami di Sungai Petani juga akan memasarkan produk ini di Pasar Tani, Sungai Petani pada setiap hari Sabtu dengan harga yang cukup istimewa.

Anda boleh mendapatkan produk ini di dalam paket sejuk beku iaitu paket Puyuh Berempah Perisa Sate (untuk hidangan 5 orang) pada harga borong RM8.80 sahaja setiap paket. (Harga Pasaran adalah RM10.00)

Untuk membeli atau menjadi stokis, sila hubungi kami di talian 017-4155422 (Abd. Basir) atau 012-455 5658 (Zureen).



*Semua Produk Keluaran Pak Teh Food Enterprise adalah DITANGGUNG HALAL*